Kembali bersua. Selalunya kita bersiaran dengan N3 masakan mudah lagi senang. Apa kata N3 kali ni kita membaking pulak nak.. Kek yang sangat lahh gelemernya di persada blogger masakan tanahair ni. Sampai kita pun teruja nak menerainya. Alkisahnya terjadi satu tragedi semasa mengukus kek kesukaan ramai ni. Ada ke patut time ni la dia nak abis.. Menciii... Seb baik ada hero kita kat umah time tu. Terus je dia ke kedai membelikan gas. Terima kasih ye Encik Suami Terchinta. So, agak terbantut sikit la kek kukus kita tu.. Huaaaa...
Resepi ni kita ambil dari dapur Puan Hana's Family. Teruja tengok kejadian kek kak Hana tu. Cantik aje potongan keknya. Kita punya pulak macam terlebih baking powder kot.. Banyak pulak sarang-sarang tebuan kat kek tu. Emmm.. Rasanya memang sedap dan lembap-lembap sikit. Yang tengah mendiet chesse tu harus lah menjauhkan diri dari kek ni. Melambung-lambung kalorinya. Kalau nak jugak kenalah buat 10,000 langkah sehari. hihihi...
Bagi sesape yang nak menerai boleh la ambil resepi di bawah ye. Minta izin untuk copy & paste kat sini.
RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tpng gandum
- Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
- Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Selamat mencuba. Tak susah pun. Cuma jangan gas abis dah la... Jumpa lagi.. Daa..
Mai
No comments:
Post a Comment