Assalamualaikum..
Hari ini kita sudah melepasi 11 hari di bulan Rejab yang mulia. Tentu ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk melakukan puasa sunat di bulan Rejab ini. Dan ada juga yang berpuasa untuk mengganti puasa yang belum sudah diganti. Alhamdulilah.. Mengganti puasa adalah wajib bagi yang berupaya. Bagi yang belum mengganti sila lah berbuat demikian. Jangan pula dah last-last nak masuk bulan Ramadhan akan datang baru nak mengganti. Bukan apa mana kita tahu apa yang akan berlaku belakang hari. Mana tau lah kan kita sakit pula waktu tersebut. Mudah-mudahan kita diberi kesihatan berpanjangan. Insya-Allah..
Semalam kita masak Lemak Cili Api Ikan Sepat & Nenas. Request dari orang berpuasa semalam. Alhamdulilah dapat la kita masakkan untuknya menu berpuasa. Lauk lain yang kita gandingkan bersama ialah sawi cina & cendawan butang, sambal belacan dan air cincau. Alhamdulilah syukur dengan rezeki dari-Nya. Ada yang teringin nak makan lauk kampung yang gelemer ni? Resepi ada di bawah ni.
LEMAK CILI IKAN SEPAT & NENAS
Oleh : Maizatul
Bahan-bahannya :
* 4 ekor ikan sepat masin - dicuci bersih, direndam seketika dan ditos
* 1/4 biji nenas madu
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 2 biji bawang putih - dikisar
* 1 inci halia - dikisar
* sedikit kunyit serbuk
* 1 batang serai - dititik
* 1 keping asam gelugor
* 2 cawan santan
* Garam & gula secukup rasa
* Minyak - untuk menumis
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai hingga wangi.
2) Masukkan santan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah santan.
3) Apabila santan mendidih masukkan ikan sepat masin, nenas dan asam gelugor.
4) Perasakan dengan garam dan gula.
5) Masak lagi selama 10 minit dan boleh dihidang.
SAWI CINA & CENDAWAN BUTANG GORENG
Oleh : Maizatul
Bahan-bahannya :
* Sawi cina - dipotong pendek
* Cendawan butang - dihiris nipis
* 2 biji bawang putih - dicincang
* 3 biji cili padi hijau - dihiris
* 2 sudu makan sos tiram
* Garam & gula secukup rasa
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi hijau.
2) Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3) Perasakan dengan garam dan gula.
4) Masukkan sawi dan cendawan. Sedia dihidang.
Haa.. macam mana? Senang kan? Dah dekat waktu berbuka baru nak ke dapur pun boleh. Waktu memasaknya pun sekejap. Sape kata memasak tu susah? Banyak lagi menu ringkas dan sedap yang akan kita kongsi di sini. Oh ye ada juga yang kata menu ringkas untuk orang malas. Betul ke?? Emmm tak kisah la makcik. Apa yang penting kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Jumpa lagi.. Daa..
Mai
No comments:
Post a Comment