Friday, 17 May 2013

Swedish Meatball IKEA - readymade punya..

Assalamualaikum..



Dalam diam-diam sudah hari Jumaat menjelma. Rasanya baru semalam hari Isnin. Cepat betul masa berlalu. Minggu sudah kita ke IKEA untuk membeli sedikit barang keperluan dapur. Macam-macam juga yang menarik nak dibeli. Tahan je la hasrat dihati kerana tujuan sebenar adalah untuk membeli pinggan mangkuk sahaja. Penuh juga 1 troli membeli pinggan mangkuk. Kita memang suka menggunakan pinggan mangkuk keluaran IKEA ni kerana kualitinya yang baik dan tahan lama.

Usai membayar kita pun singgah di kedai makanan dan minuman khas Sweden di hadapan kaunter pembayaran tu. Sekali ada pula menjual meatball yang readymade punya. Apa?? Meatball IKEA?? Tentu ramai yang tergiler2 dengan keenakkannya.. Apa lagi, terus aje kita ambil. Lebih jimat rasanya memasak sendiri dari memakan yang telah di masak di sana. Harga setiap set mengandungi 1kg meatball, 2 paket (36g) serbuk untuk membuat kuah, dan 1 botol jem Lingon dijual dengan harga RM47.00 sahaja.

Ini lah Swedish Meatball readymade

Tak sabar nak makan meatball readymade ni. Esoknya terus aje sambar meatball, panggang kat dalam oven dengan kepanasan 160c. Kuahnya pula. Panaskan 280ml air + 70ml krim (kita guna susu cair je) + 1 paket serbuk kuah. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat. Gorengkan kentang (fun fries). Sedia dihidang. Emmm sedapnya. Anak-anak lagi la suka kan..

Ready untuk dingap..

Sesiapa yang nak try meatball IKEA yang cepat dihidang ni boleh dapatkannya di kedai menjual makanan dan minuman khas Sweden di hadapan kaunter IKEA ye. Selamat mencuba dan membeli. Jumpa lagi. Daa..

Mai


No comments:

Post a Comment