Apa khabar teman di luar sana dan salam bersua kembali. Dah lama kita tak bersiaran di blog ni. Ada beberapa perkara yang nak diselesaikan kebelakangan ni. N3 ni pun dah terlewat nak di share. Resepi ringkas yang cepat dan mudah disediakan. Sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja untuk menyediakan juadah untuk famili terchinta. Kan lebih manis dan mesra jika makan bersama setiap hari. Hari ni kita kongsikan 2 resepi yang sesuai diganding bersama iaitu Sup Kepala Ikan Merah dan Tauge Goreng. Mudah kan.. Jom tengok resepinya.
Sup Kepala Ikan Merah
Tauge Goreng
SUP KEPALA IKAN MERAH
Oleh : Maizatul
Bahan-Bahannya :
* Kepala ikan merah sederhana - cuci bersih dan tos
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 4 biji bawang putih - dikisar
* 1 inci halia - dikisar
* 1 batang serai - diketuk
* 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
* 1 bungkus sup bunjut
* 1 kiub ikan bilis
* 1 sudu teh rempah sup - dibancuh dengan sedikit air
Hiasan :
* Daun sup
* Bawang goreng
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar, serai dan sup bunjut hingga berbau harum.
2) Masukkan pes rempah sup, lada hitam, kiub ikan bilis dan air secukupnya.
3) Biarkan hingga mendidih.
4) Masukkan kepala ikan dan perasakan dengan garam dan gula.
5) Masak sehingga ikan masak dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
Cukup untuk famili kecil macam kita.
TAUGE GORENG
Oleh : Maizatul
Bahan-bahannya :
* Tauge - buang ekornya
* Lobak merah - dihiris memanjang
* Daun bawang
* 1 biji bawang besar - dihiris
* 2 biji bawang putih - dihiris
* 1 biji lada merah - dihiris
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi.
2) Masukkan lobak merah dan tauge.
3) Perasakan dengan garam dan gula.
4) Masukkan hirisan daun bawang dan digaul rata.
5) Angkat dan hidangkan.
Taa daa.. siap untuk bersantap. Ada yang terliur? Apa lagi cepat-cepat pegi pasar beli kepala ikan. Kepala ikan ni bole juga di masak kari atau asam pedas. Ikut selera famili lah kan.
Jumpa lagi semua. Daa..
Mai
No comments:
Post a Comment