Tuesday, 23 April 2013
Bawal Masam Manis Bijan
Assalamualaikum semua.
Apa khabar teman-teman hari ini? Kita sihat Alhamdulilah. Sekarang ni musim panas di Melaka. Seperti biasalah jika musim panas berlarutan bermacam penyakit terutamanya demam dan batuk senang menular. Oleh yang demikian perbanyakkan lah meminum air masak.
Hari ini kita nak berkongsi satu resepi yang mudah untuk disediakan iaitu ikan bawal masam manis bijan. Resepi mudah-mudah ni kadang kala membangkitkn rasa selera. Ye lah dah selalu tekak kita disajikan dengan masakan berlemak atau pedas-pedas, sekali sekala bertukar rasa pun ok juga.
Tanpa membuang masa kita jengok lah apa yang patut.
Bawal Masam Manis Bijan
Oleh : Mai
Bahan-bahannya
* Ikan bawal saiz sederhana
* 1 biji bawang merah - potong bulat
* 2 biji bawang putih - cincang halus
* 1 inci halia - cincang halus
* 2 sudu besar lada boh
* 3 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar sos tiram
* Sedikit minyak bijan
* Sedikit cuka masak
* Sedikit bijan
* Garam
* Gula
* Timun - potong dadu
* Lobak merah - potong dadu
Cara-caranya
1) Lumurkan ikan bawal dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan tos di atas tisu dapur.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan lada boh tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, sos tiram, minyak bijan dan cuka masak. Perasakan dengan garam dan gula.
4) Masukkan timun dan lobak merah.
5) Tuangkan kuah masam manis ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
Itu saja perkongsian untuk hari ini. Da.. jumpa lagi.
Mai
Labels:
Lauk-pauk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment