Monday, 22 April 2013

Roti Paun Nekma

Assalamualaikum.

Dah tengahari baru nak update menu sarapan pagi tadi. Malam semalam sempat la kita menguli-uli tepung untuk membuat roti paun yang sangat senang dan bahan-bahannya pun ada dalam gerobok dapur kita tu. Resepi ni kita dapat hasilan google kita kat My Resepi.com oleh Meow.

Hasilnya sangat lembut dan gebu lagi-lagi baru keluar oven tu. Dapat la anak kita Zahirah membawa bekal ke sekolah. Dah tak mau cite banyak-banyak kita tengok resepinya. Minta izin share resepi kat sini ye Meow.
Ini aje gambo yang ada..

ROTI PAUN NEKMA
Sumber : Meow - My Resepi.com

Bahan-bahannya

* 1 sudu kecil yis (kalau nak cepat naik letak 2-2 1/2 sudu kecil) - kita letak 2 sudu je.
* 1 cawan air suam
* 1/2 cawan gula
* 1/2 cawan majerin/butter
* Tepung gandum (bergantung semasa menguli) - kita guna tepung superfine
* Sedikit minyak utk dilenserkan di atas roti

Cara-caranya

1) 1 cawan air suam dicampurkan dengan yis dan dibiarkan seketika sehingga larut. Sediakan besen menguli, masukkan 1/2 cawan tepung gandum. Masukkan campuran air dan yis tadi. Kacau hingga sebati.

2) Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur/larut.

3) Masukkan margerin/butter dan kacau hingga sebati.

4) Sesudah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.

5) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Lebih kurang 30-45minit.

6) Setelah itu, boleh la dibulat-bulatkan dan diletak didalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.

7) Biarkan naik 2 kali ganda. Lenserkan sedikit minyak/butter dan taburkan gula di atas roti. Ikut suka lah.

8) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu dengan suhu 180C selama 10-15 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

Berjumpa lagi dilain masa. Da.. 

Mai


No comments:

Post a Comment