Lokasi berkelah kali ni di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Sampai aje di tempat perkelahan terpana sekejap mata kita melihat pemandangan yang menghijau dan bunyi air sungai yang mendamaikan. Lagi best tak ada pengunjung lain selain family kitaorang. Yuhuuu... best sgt lah.
Menjejakkan kaki di dalam air perghhh.. sejuk betul airnya. Macam nak tak nak je mandi. Tapi melihat anak-anak best sangat mandi, mamamnya ni terus je terjun. Tak boleh tahan tengok air. Hahahaha...
Nenek dan Mak Uda tak mau mandi ke?
Sejuk sangat ke Zahir ni?
Ops hati-hati banyak batu bawah tu..
Apa saja anak mama main ni.
Tengok saja airnya sangat jernih. Nampak batu batuan di dasarnya. Walau airnya nampak tenang tapi arusnya sedikit kuat. Anak-anak kecil jangan bermain ditengah sungai. Anak-anak perlu diawasi ketika bermandi-manda.
Selepas 3 jam bermain air dan makan-makan. Tiba la masa berangkat pulang. Destinasi berikutnya kita bercadang hendak melawat Muzuim Sungai Lembing. Tapi apakan daya hujan turun dengan lebatnya. So, pulang aje ke rumah kakak di Bukit Bayroute, Kuantan.
Da.. jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment