Tuesday, 21 May 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum..



Kembali bersua. Selalunya kita bersiaran dengan N3 masakan mudah lagi senang. Apa kata N3 kali ni kita membaking pulak nak.. Kek yang sangat lahh gelemernya di persada blogger masakan tanahair ni. Sampai kita pun teruja nak menerainya. Alkisahnya terjadi satu tragedi semasa mengukus kek kesukaan ramai ni. Ada ke patut time ni la dia nak abis.. Menciii... Seb baik ada hero kita kat umah time tu. Terus je dia ke kedai membelikan gas. Terima kasih ye Encik Suami Terchinta. So, agak terbantut sikit la kek kukus kita tu.. Huaaaa...

Resepi ni kita ambil dari dapur Puan Hana's Family. Teruja tengok kejadian kek kak Hana tu. Cantik aje potongan keknya. Kita punya pulak macam terlebih baking powder kot.. Banyak pulak sarang-sarang tebuan kat kek tu. Emmm.. Rasanya memang sedap dan lembap-lembap sikit. Yang tengah mendiet chesse tu harus lah menjauhkan diri dari kek ni. Melambung-lambung kalorinya. Kalau nak jugak kenalah buat 10,000 langkah sehari. hihihi...



Bagi sesape yang nak menerai boleh la ambil resepi di bawah ye. Minta izin untuk copy & paste kat sini.


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3

 BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.



Selamat mencuba. Tak susah pun. Cuma jangan gas abis dah la... Jumpa lagi.. Daa..

Mai

Lemak Cili Api Sepat & Nenas

Assalamualaikum..



Hari ini kita sudah melepasi 11 hari di bulan Rejab yang mulia. Tentu ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk melakukan puasa sunat di bulan Rejab ini. Dan ada juga yang berpuasa untuk mengganti puasa yang belum sudah diganti. Alhamdulilah.. Mengganti puasa adalah wajib bagi yang berupaya. Bagi yang belum mengganti sila lah berbuat demikian. Jangan pula dah last-last nak masuk bulan Ramadhan akan datang baru nak mengganti. Bukan apa mana kita tahu apa yang akan berlaku belakang hari. Mana tau lah kan kita sakit pula waktu tersebut. Mudah-mudahan kita diberi kesihatan berpanjangan. Insya-Allah..

Semalam kita masak Lemak Cili Api Ikan Sepat & Nenas. Request dari orang berpuasa semalam. Alhamdulilah dapat la kita masakkan untuknya menu berpuasa. Lauk lain yang kita gandingkan bersama ialah sawi cina & cendawan butang, sambal belacan dan air cincau. Alhamdulilah syukur dengan rezeki dari-Nya. Ada yang teringin nak makan lauk kampung yang gelemer ni? Resepi ada di bawah ni.




LEMAK CILI IKAN SEPAT & NENAS
Oleh : Maizatul

Bahan-bahannya :

* 4 ekor ikan sepat masin - dicuci bersih, direndam seketika dan ditos
* 1/4 biji nenas madu
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 2 biji bawang putih - dikisar
* 1 inci halia - dikisar
* sedikit kunyit serbuk
* 1 batang serai - dititik
* 1 keping asam gelugor
* 2 cawan santan
* Garam & gula secukup rasa
* Minyak - untuk menumis

Cara-caranya :

1) Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai hingga wangi.
2) Masukkan santan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah santan.
3) Apabila santan mendidih masukkan ikan sepat masin, nenas dan asam gelugor.
4) Perasakan dengan garam dan gula.
5) Masak lagi selama 10 minit dan boleh dihidang.



SAWI CINA & CENDAWAN BUTANG GORENG
Oleh : Maizatul

Bahan-bahannya :

* Sawi cina - dipotong pendek
* Cendawan butang - dihiris nipis
* 2 biji bawang putih - dicincang
* 3 biji cili padi hijau - dihiris
* 2 sudu makan sos tiram
* Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi hijau.
2) Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3) Perasakan dengan garam dan gula.
4) Masukkan sawi dan cendawan. Sedia dihidang.

Haa.. macam mana? Senang kan? Dah dekat waktu berbuka baru nak ke dapur pun boleh. Waktu memasaknya pun sekejap. Sape kata memasak tu susah? Banyak lagi menu ringkas dan sedap yang akan kita kongsi di sini. Oh ye ada juga yang kata menu ringkas untuk orang malas. Betul ke?? Emmm tak kisah la makcik. Apa yang penting kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Jumpa lagi.. Daa..

Mai




Friday, 17 May 2013

Swedish Meatball IKEA - readymade punya..

Assalamualaikum..



Dalam diam-diam sudah hari Jumaat menjelma. Rasanya baru semalam hari Isnin. Cepat betul masa berlalu. Minggu sudah kita ke IKEA untuk membeli sedikit barang keperluan dapur. Macam-macam juga yang menarik nak dibeli. Tahan je la hasrat dihati kerana tujuan sebenar adalah untuk membeli pinggan mangkuk sahaja. Penuh juga 1 troli membeli pinggan mangkuk. Kita memang suka menggunakan pinggan mangkuk keluaran IKEA ni kerana kualitinya yang baik dan tahan lama.

Usai membayar kita pun singgah di kedai makanan dan minuman khas Sweden di hadapan kaunter pembayaran tu. Sekali ada pula menjual meatball yang readymade punya. Apa?? Meatball IKEA?? Tentu ramai yang tergiler2 dengan keenakkannya.. Apa lagi, terus aje kita ambil. Lebih jimat rasanya memasak sendiri dari memakan yang telah di masak di sana. Harga setiap set mengandungi 1kg meatball, 2 paket (36g) serbuk untuk membuat kuah, dan 1 botol jem Lingon dijual dengan harga RM47.00 sahaja.

Ini lah Swedish Meatball readymade

Tak sabar nak makan meatball readymade ni. Esoknya terus aje sambar meatball, panggang kat dalam oven dengan kepanasan 160c. Kuahnya pula. Panaskan 280ml air + 70ml krim (kita guna susu cair je) + 1 paket serbuk kuah. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat. Gorengkan kentang (fun fries). Sedia dihidang. Emmm sedapnya. Anak-anak lagi la suka kan..

Ready untuk dingap..

Sesiapa yang nak try meatball IKEA yang cepat dihidang ni boleh dapatkannya di kedai menjual makanan dan minuman khas Sweden di hadapan kaunter IKEA ye. Selamat mencuba dan membeli. Jumpa lagi. Daa..

Mai


Tuesday, 14 May 2013

Majlis Pertunangan Ashraf & Asiah part I

Assalamualaikum..

Alhamdulilah seorang lagi adik ipar kita akan melangsungkan pertunangannya pada 19/5/2013 nanti. Kali ni kita ke Taiping, Perak untuk menyunting bunga idaman hati adik ipar kita tu. Oleh itu, mak mertua kita memberi mandat hihii mandat gitu untuk menyiapkan hantaran untuk pasangan ini. Alhamdulilah siap dah semua gubahan hantarannya. Walaupun gubahan hantaran ini siap atas bantuan orang lain disebabkan kekangan masa yang teramat sangat bizinya.. hihhiihihi... Ini lah di antara hantaran untuk pihak perempuan. Sirih junjung dan kek akan disiapkan di Ipoh. Kang cair pulak kek kalau bawa dari Melaka. Tak gituuu...??

Cincin bertunang

Senaskah Al-Quran & terjemahan

Sepasang telekung

Beg duit

Sepasang baju dan tudung

Amacam cantik tak? Ada jugak orang cakap not up to date. Gubahan sekarang guna bunga hidup. Haa bunga hidup?? Alamat layu la dia sampai Taiping nanti. Hihihihi... Anyway hope adik ipar kita tu suka la yek.. Kredit to Mar yang telah membantu menyiapkan gubahan ini.

Jumpa lagi.. Daa..

Mai

Sup Kepala Ikan Merah & Tauge Goreng

Assalamualaikum..

Apa khabar teman di luar sana dan salam bersua kembali. Dah lama kita tak bersiaran di blog ni. Ada beberapa perkara yang nak diselesaikan kebelakangan ni. N3 ni pun dah terlewat nak di share. Resepi ringkas yang cepat dan mudah disediakan. Sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja untuk menyediakan juadah untuk famili terchinta. Kan lebih manis dan mesra jika makan bersama setiap hari. Hari ni kita kongsikan 2 resepi yang sesuai diganding bersama iaitu Sup Kepala Ikan Merah dan Tauge Goreng. Mudah kan.. Jom tengok resepinya.

Sup Kepala Ikan Merah

Tauge Goreng

SUP KEPALA IKAN MERAH
Oleh : Maizatul

Bahan-Bahannya :
* Kepala ikan merah sederhana - cuci bersih dan tos
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 4 biji bawang putih - dikisar
* 1 inci halia - dikisar
* 1 batang serai - diketuk
* 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
* 1 bungkus sup bunjut
* 1 kiub ikan bilis
* 1 sudu teh rempah sup - dibancuh dengan sedikit air

Hiasan :
* Daun sup
* Bawang goreng


Cara-caranya :
1) Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar, serai dan sup bunjut hingga berbau harum.
2) Masukkan pes rempah sup, lada hitam, kiub ikan bilis dan air secukupnya.
3) Biarkan hingga mendidih.
4) Masukkan kepala ikan dan perasakan dengan garam dan gula.
5) Masak sehingga ikan masak dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.


Cukup untuk famili kecil macam kita.


TAUGE GORENG
Oleh : Maizatul

Bahan-bahannya :
* Tauge - buang ekornya
* Lobak merah - dihiris memanjang
* Daun bawang
* 1 biji bawang besar - dihiris
* 2 biji bawang putih - dihiris
* 1 biji lada merah - dihiris

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi.
2) Masukkan lobak merah dan tauge.
3) Perasakan dengan garam dan gula.
4) Masukkan hirisan daun bawang dan digaul rata.
5) Angkat dan hidangkan.



Taa daa.. siap untuk bersantap. Ada yang terliur? Apa lagi cepat-cepat pegi pasar beli kepala ikan. Kepala ikan ni bole juga di masak kari atau asam pedas. Ikut selera famili lah kan. 

Jumpa lagi semua. Daa..

Mai

Friday, 26 April 2013

Sotong Goreng Tepung Pedas

Assalamuakaikum.

Kelmarin kita pergi membeli-belah barang dapur. Tengok-tengok adalah tepung goreng ayam yang pedas. Nak juga menerai best ke tak. Biasanya beli yang regular je kan. Meh sambau 1.

Ni dia tepung goreng ayamnya..

So, dari nak goreng ayam tergoreng pulak sotong. Sotong goreng tepung ni pada kita tak ada yang sepesifik resepinya. Main campak-campak aje la kot. Resepi ni pun resepi ekspres jugak. Jomlah tengok resepinya.

                                               

SOTONG GORENG TEPUNG PEDAS

Bahan-bahanya

* Sotong - dicuci bersih (buang kulit pepelnya) dan dipotong-potong
* Tepung goreng ayam - rasa pedas
* Tepung jagung
* 1 biji telur

Cara-caranya

1) Kocokkan telur sedikit. Masukkan sotong.

2) Campurkan tepung goreng ayam dan tepung jagung. Kita masukkan dalam plastik zip.

3) Masukkan sotong yang telah dicelup dalam telur ke dalam campuran tepung. Goncang-goncangkan supaya seluruh sotong disaluti oleh tepung.

4) Panaskan minyak (cukup untuk tengelamkan gorengan sotong) dalam kuali. Masukkan sotong satu per satu supaya sotong tidak melekat antara satu sama lain.

5) Angkat dan toskan.


Sotong goreng tepung panas-panas... yum yum..

Rasanya pedas jugak. Tapi tetap sedap dan rangup. Dah siap 1 menu kan.. Jumpa lagi la ye.. Da..

Mai

Sambal Belacan Ikan Teri


Assalamualaikum..

Pilihanraya dah dekat. Semua parti berlumba-lumba memasang bendera dan sepanduk di tepi jalan. Tak kurang juga berkempen di sana-sini setiap malam. Tak mengapa lah kerana itu budaya kita untuk memancing undi rakyat. Tapi yang kita agak tidak selesa mereka-mereka memasang bendera atau sepanduk di simpang-simpang jalan hingga menyukarkan pemanduan. Ada juga yang membiarkan saja bendera atau sepanduk yang jatuh dan tidak dibaik pulih. Kan menyemak mata memandang. Harap-harap mereka-mereka bertanggungjawab dengan tugas masing-masing ye. Sekian. Terima kasih..hihihihi...

Bulan lalu kita ke Medan, Indonesia. Saudara di sana memberikan ole-ole bolu gulung durian, kek pisang dan ikan teri. Ikan Teri..?? Kita pun tak pernah dengar atau memakan ikan teri ni. Rupa-rupanya ikan teri ini seperti ikan bilis kalau kat Malaysia ni. Rupanya halus-halus dan warnanya putih bersih. Rasanya sangat sedap jika digoreng. Sangatttt rangupppp...

Ini lah rupa ikan teri.

Oleh kerana kita ni peminat tegar sambal belacan, so tak salah kita buat sambal belacan ikan teri ni. Rasa pedas dan rangup sekali. Waduh waduh.. enak banget di makan dengan nasi panas. Terima kasih ye pak dengan ole-olenya.


SAMBAL BELACAN IKAN TERI
Oleh : Mai

Bahan-bahanya

* Segenggam Ikan Teri - dicuci kerana ikan ini agak masin
* Belacan secukupnya
* 1 biji bawang besar
* 7 biji cili padi
* 2 biji cili besar
* Gula
* 1 biji limau kasturi - optional

Cara-caranya

1) Goreng ikan teri hingga garing. Angkat dan toskan.

2) Goreng bawang, cili padi dan cili besar. Angkat dan toskan.

3) Goreng belacan. Angkat dan toskan.

4) Tumbuk kesemua bahan kecuali ikan teri dan gula hingga halus.

5) Perasakan dengan gula. Masukkan ikan teri goreng dan tumbuk-tumbuk renyah.

* Kalau yang suka masam-masam sikit boleh perahkan 1 biji limau kasturi.

Senang kan..?? Cuba la. Sampai jumpa lagi dengan resepi mudah yang lain. Jaga diri hiasi peribadi.. Da..

Mai